UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :QA Mathematics
ISSN :2232-0393
Main Author :Omar Mohd Suhaimi, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi,
Title :Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru matematik. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti persepsi guru matematik terhadap penggunaan bahan bantu mengajar, kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Responden kajian ini terdiri daripada 70 orang guru matematik dari 20 buah sekolah rendah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif dan penafsiran kualitatif. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer ‘Statistical Package For Social Science SPSS versi 22’ untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru-guru matematik adalah tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar juga adalah positif. Manakala hasil analisis juga menunjukkan terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Beberapa cadangan juga dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran matematik. Kesimpulan daripada kajian mengambarkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar adalah penting bagi guru-guru untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian juga menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar bukan sahaja memberi faedah kepada guru, malahan ianya juga memberi impak yang besar kepada murid – murid.

References
1. Ary, D. Jacob, LC Dan Razavieh, A. (1990). Introduction To Research In Education. Forth Worth, Harcourt Brace Collage Publisher. 2. Chen H. W. (2006). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) di Sekolah Kebangsaan Pujut Coner Miri Sarawak. Kertas Ilmiah: Institut Perguruan Sarawak, Miri Sarawak. 3. Chua, Yan Piaw (2006a). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd. 4. Dale, E. (1946). Audio-visual methods in teaching. New York: The Dryden Press. 5. Dale, Edgar. (1969). Audio-Visual Methods in Teaching, 3rd ed., Holt, Rinehart & Winston, New York,p. 108. 6. Ee, Ah Meng. (1997). Pendidikan di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Shah Alam : Fajar Bakti. 7. Hamalik. (1986). Media Pendidikan. Bandung: Citra Aditya Bakti. 8. Harith Azidin Kamarudin. (2014). Impak Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Topik Isometrik Terhadap Pencapaian Dan Motivasi Pelajar Tingkatan 2. Tesis Sarjana. Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 9. Johnson, D., (1994). Research Methods in Educational Management. Longman Group, Essex. 10. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint BM.pdf. 11. Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988). Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd.Bhd. 12. Mohd Aris Othman. (2007). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 di Negeri Sembilan. Universiti Sains Malaysia. 13. Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 –280. 14. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 15. Mok Song Sang, (1986). Pengajaran dan pembelajaran matematik untuk peringkat sekolah rendah. Longman, Petaling Jaya, Selangor. 16. Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. 17. Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Nurdalina Daud. (2009). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik. pp. 1-6. (Unpublished). 18. Noor Saliza & Zulkafli Mohd Yusof. (2005). Permasalahan akademik pelajar di Universiti Teknologi MARA: Kajian pengenalan. 3rd International Seminar on Learning and Motivation: Enhancing Student Engagement. Malaysia, Langkawi. 19. Noraziah Abdul Hamid. (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Dalam Seminar Perguruan Dis. 1981. Universiti Malaysia. Hlm. 26-30. 20. Noriati A. Rashid. (2009). Murid Dan Alam Belajar. Oxford Fajar.Shah Alam Selangor. 21. Norma Hassan (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Satu kajian. Tesis Ijazah Sarjana Muda, UPSI. 22. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 23. Piaget J (1952). The origins of intelligence in children. New York: International Universities press. 24. Rashidi Azizan dan Adbul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi. Masa Enterprise. Kajang. Selangor. 25. Ruhaidah, Hamdan. (2011). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran kemahiran asas membaca di kelas pemulihan khas murid tahun tiga di daerah Kota Marudu. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia. 26. Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosial. Edisi Pertama Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia. 27. Sekaran, Uma (1992). Research Methods for Business: Skill Building Approach;2nd Edition, John Wiley & Sons, Inc. 28. Shaffe Hj. Mohd Daud (1990). Masalah Penggunaan Pusat Sumber di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. 29. Shanmugam, Segaran (1999). Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia. 30. Slavin, Robert E. (1997). Educational Psychology: Theory and Practice, 5th. Allyn & Bacon, Boston, MA. 31. Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 32. Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 131 – 153. 33. Wiersma, W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction, 6th. ed. Massachusetts: Allyn and Bacon.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)